TOPIK KARANGAN
Belajar secara berkumpulan lebih baik daripada belajar secara bersendirian.
Belajar secara berkumpulan lebih baik daripada belajar secara bersendirian kerana belajar secara berkumpulan merupakan salah satu kaedah yang efektif selain belajar bersendirian.Berbanding belajar secara individu, ia mengambil masa yang panjang untuk menjawab soalan yang sukar.
Selain itu belajar berkumpulan juga dapat memupuk semangat bekerjasama dan setia kawan. Antara faedah belajar secara berkumpulan ialah pelajaran yang dibincang mudah difahami, suasana lebih meriah di samping dapat melaksanakan tugas dengan sempurna. Belajar secara individu tidak menjadi suatu kesalahan, cuma mungkin tugas yang diberi untuk melaksanakan, akan mengambil masa yang panjang untuk menyiapkannya.
Kita juga dapat berkongsi maklumat penting bersama rakan. Belajar secara berkumpulan amat digalakkan. Tempat yang terbaik untuk dikunjungi oleh para pelajar untuk belajar haruslah di tempat yang sesuai. Belajar berkumpulan akan mengelakkan daripada mengantuk. Manakala, belajar secara individu akan cepat terasa mengantuk kerana suasana yang sunyi.
Sebelum keluar rumah untuk pergi belajar bersama rakan, pastikan meminta kebenaran supaya ilmu yang dituntut itu berkat. Ketika belajar secara berkumpulan, elakkan pergaduhan dan adakan sikap yang bersepakat.
Setiap individu perlu belajar tidak kira lelaki, perempuan, besar dan kecil. Kesemuanya perlu rajin belajar agar masa hadapan cerah sentiasa. Harus diingatkan, kita haruslah menjimatkan masa kerana masa itu emas. Tidak kira sama ada belajar secara kumpulan atau individu.
Sebagai kesimpulannya, belajar secara berkumpulan ini amat berguna dan bermanfaat serta patut menjadi rutin para pelajar semasa menuntut ilmu.
No comments:
Post a Comment